Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Program Bubur Asyura PERKIM Cawangan Kulim

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN

KULIM, 30 JULAI 2023 – Bersempena dengan Awal Muharam atau permulaan tahun baharu kalendar Hijriyyah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Kulim telah menganjurkan Program Asyura 1445H dengan kerjasama Masjid Al-Muthmainnah Kulim, Kedah.

Program itu diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim dan ukhuwah Islamiyyah di antara ahli PERKIM, jemaah masjid dan penduduk setempat.

Sikap semangat bergotong-royong dan kesepakatan di antara ahli jawatankuasa PERKIM dan jemaah masjid bagi memasak dua kawah bubur asyura dipuji kerana mereka bersama-sama menumis, memasak serta menggaul secara bergilir hingga siap dimasak.

Program ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan bersedekah dengan mengagihkan 300 bekas bubur asyura kepada saudara baharu, ahli PERKIM, ahli jawatankuasa masjid dan juga jemaah masjid sekitar kawasan Kulim.

Agihan Bubur Asyura telah disempurnakan oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Dato’ Wira Mansor Haji Ismail.

Agihan bubur asyura ini juga ini turut diagihkan pada lapan buah masjid dan dua buah surau di sekitar kawasan Kulim.

Alhamdulillah Program Asyura 1445H mendapat kerjasama yang amat baik dengan tenaga dari para jemaah masjid malah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Insya-Allah program yang memupuk semangat bergotong-royong dan perpaduan itu akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Kulim, YBhg Dato’ Haji Abd Hadi Haji Mahmud.


Dato Mansor bersalaman dengan Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Kulim, Tuan Haji Salleh Bahari.


Ahli PERKIM Kulim berbual mesra bersama Dato’ Pengerusi PERKIM Kedah.


Gotong-royong memasak bubur asyura.


Ahli PERKIM muslimat bersama-sama menggaul bubur asyura.


Bubur asyura dimasak dan digaul beberapa jam sebelum diagihkan.


Sikap kerjasama dan berganding bahu di antara ahli PERKIM Kulim dan ahli jawatankuasa masjid menggaul bubur asyura.


Dato’ Mansor mengutarakan pandangan berkenaan misi dakwah dan kebajikan.


Dato’ Mansor menyampaikan bubur lambuk kepada Pengerusi PERKIM Cawangan Kulim, YBhg Dato’ Haji Abd Hadi Haji Mahmud.

Related Articles

Back to top button