KPU

Kelab PERKIM Universiti

Pengenalan

– Belia PERKIM adalah gabungan ahli-ahli PERKIM yang berada di IPT, sama ada gabungan itu melalui Kelab PERKIM yang telah ditubuhkan, atau sebagai individu yang menjadi ahli PERKIM

– Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yang tertakluk kepada Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan.

– Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yAhli-ahli PERKIM di IPT yang tidak menubuhkan Kelab PERKIM perlu berfungsi sebagai satu persatuan pelajar di bawah Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan.  Bagi tujuan identiti persatuan ini boleh diberi nama “Muslim Students Outreach”.

Visi
Menjadikan KPU sebagai kelab (badan) yang berteraskan kepada kebajikan secara Islam.

Misi
Menjadikan KPU sebagai badan penggerak kebajikan Islam terunggul di Universiti dan Institusi Pendidikan.

Objektif
1 Memupuk perpaduan berteraskan kebajikan secara Islam.
2 Meningkatkan persefahaman, perhubungan dan kepentingan pelajar Islam dan bukan Islam.
3 Memperkenalkan keindahan Islam sebagai satu cara hidup.
4 Mendekatkan pelajar universiti kepada pembangunan rohani melalui pelbagai program, aktiviti, perkhidmatan serta sokongan kepada semua pelajar universiti.
5 Menyediakan peluang kepada pelajar Islam dan bukan Islam untuk berinteraksi dan membina jaringan kerjasama antara mereka.
6 Menjadi wahana kepada pembangunan sahsiah dan kepimpinan untuk pelajar universiti.

Penubuhan

KPU dan Institusi Pendidikan hendaklah ditubuhkan oleh PERKIM dengan persetujuan dan pengiktirafan pihak berkuasa universiti berkenaan dan didaftar oleh PERKIM sebagai organisasi gabungan PERKIM. Sekiranya pelajar /pihak Universiti hendak menubuhkan KPU, maka perlu mendapat kelulusan PERKIM Kebangsaan.

Penubuhan KPU
1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja KPU terdiri daripada pelajar universiti dan pegawai PERKIM.
2. Jawatankuasa Penaja perlu mengemukakan permohonan penubuhan bersama dokumen dasar dan peraturan KPU kepada pihak berkuasa universiti.
3. Pendaftaran KPU oleh PERKIM, setelah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa universiti, jawatankuasa penaja mengadakan Mesyuarat Agung bagi penubuhan KPU untuk memilih ahli jawatankuasa dan merancang aktiviti tahunan KPU. (tertakluk kepada budi bicara pihak Universiti).

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Dasar dan Peraturan Kelab PERKIM Universiti  pdf_icon

Back to top button