Kedah

PERKIM LOGO
PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH
1475, LORONG SERI,  JALAN LANGGAR
05300 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-7335124 Fax : 04-7332349
perkimkedah@yahoo.com

 


KEDAH1

SEJARAH

PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah ditubuhkan dalam tahun 1967. Pengerusi pertama ialah Y.A.Bhg. Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj. Beliau adalah Menteri Besar Kedah pada waktu itu.

Pendaftaran PERKIM Kedah di bawah Akta Pertubuhan telah diluluskan pada 4 November 1968 dengan nombor pendaftaran Bil 4 dlm R. Of S. 76/61-4. Sejak ditubuhkan, tujuh orang pengerusi telah menerajui PERKIM Kedah dan dibantu oleh 13 orang setiausaha. Mereka adalah seperti berikut:

 

PENGERUSI PERKIM NEGERI KEDAH

1. Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj (1967-1969)

2. Tuan Syeikh Saad Md. Said (1969-1971)

3. Tan Sri Datuk Syed Agil Baraqbah (1971-1984)

4. Dato’ Sheikh Osman Ibrahim (1984-1986)

5. Tan Sri Dato’ Paduka Hj. Shafie Abdullah (1986-1995)

6. Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Syed Ahmad Al-Mahdali (1995-2013)

7. Dato’ Wira Mahkota Dato’ Wira Haji Ismail Bin Hamid (2013 – sekarang)

 

SETIAUSAHA PERKIM NEGERI KEDAH

1. Dato’ Seri Derma Wangsa Dato’ Paduka Hj. Abdullah Ismail (1967-1969)

2. Dato’ Andika Raja Dato’ Sheikh Mahmud Ismail Naim (1969-1970)

3. Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki (1970-1971)

4. Abdul Aziz Hassan (1971-1972)

5. Dato’ Hj. Fadhil Mohd. Noor (1972-1974)

6. Ustaz Hj. Abu Bakar Awang (1974-1975)

7. Tuan Syed Mansoor Al-Bukhory (1975-1977)

8. Ustaz Hj. Yusof Salleh (1977-1978)

9. Tuan Hj. Yusof Saad (1978-1980)

10. Dato’ Hj. Abdul Hamid Tahir (1980-1994)

11. Tuan Hj. Mohd Noor Daud (1994-1975)

12. Tuan Hj. Ali Hj. Mohd Nor (1995-2001)

13. Dato’ Hj. Salim Abdul Hamid (2001-sekarang)

KEDAH2

Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Kedah pada mulanya bertempat di Pejabat Pelajaran Dewasa (Bahagian Agama) Jalan Langgar, di belakang Pekan Rabu, Alor Star. Kemudian bangunan ini telah dirobohkan, PERKIM telah berpindah ke bangunan Balai Islam yang terletak di tepi Sungai Kedah No. 899, Jalan Pengkalan Kapal, Alor Star.

Pada 15 Jun 1979, Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan Klinik PERKIM di Balai Islam ini untuk memberikan rawatan secara percuma kepada semua masyarakat miskin. Walaubagaimanapun, Klinik PERKIM ini telah berpindah di ke 75, Lorong Seri, Jalan Langgar,05300, Alor Star, Kedah Darul Aman.

Pada tahun 1979, PERKIM telah membina sebuah bangunan baru di atas tanah Lot 137 & 138 Jalan Sultan Badlishah. Apabila siap, PERKIM berpindah ke bangunan ini pada tahun 1985 Manakala sebahagian besar ruang bangunan telah disewa.

Dalam tahun 1991, PERKIM telah berpindah pula ke bangunan pejabat Asrama Anak Yatim PERKIM Darul Aitam Walmasakin (DATAR) yang terletak di 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar, 05300 Alor Star. Perpindahan ini bertujuan supaya pentadbiran Anak Yatim dan PERKIM dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

PERKIM Kedah ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Bahagian di peringkat negeri, yang dipilih dan dilantik 2 tahun sekali dengan dibantu oleh PERKIM Bahagian Wanita.

Back to top button