19 April 2014
   Quran |  Sunnah |  Buku Tamu |  Kelas PERKIM |  Forum |  Soalan Lazim |  Sumbangan/Zakat
Terjemah
Carian
                                                                                                                                                                                                                                                                                    

menu utama

Anda Pengunjung Ke :




Visitors


Soal Jawab

  nana
  09/12/2013 11:34 AM
As'salam.. sy seorng mualaf dri sabah.. sy ingin mencari jodoh yg boles mengajar sy ttng ajaran2 agama islam. sy ingin sorng yg halal untuk pimpin sy lebih m'dalam ttng islam. umur sy 20
Respon :
16/12/2013 12:13 PM

Wa'alaikumussalam,w.b.t , terlebih dahulu banyakkan berdoa memohon Allah mempertemukan seorang calon suami yang soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t, sambil-sambil itu, saudari juga perlu berusaha, saudari buka laman sesawang PERKIM, www.perkim.net.my > Borang muat turun borang cari jodoh, isi semua maklumat yang diminta dan hatar balik ke alamat atau pun faks ( tingkat 4, bangunan PERKIM 150, Jalan Ipoh ,51200 Kuala Lumpur, faks 03-40427403) insyallah kami akan cuba membantu, kalau boleh saudari kena juga cuba-cuba cari tempat lain, yang penting saudari kena berusaha. sekian terima kasih wassalam


  liana
  07/12/2013 11:05 PM
saya ada beberapa soalan..1. kawan saya tlh memeluk islam hampir setahun.bagaimana jika kwn sy ingin mendapatkan kad islam?apakah prosedur2 yang perlu di lakukan? 2. bolehkah kawan saya ini mendapatkan kad islam tanpa mengikuti kursus fardu ain? 3. adakah perkim mempunyai cwgn di kuantan? ini adalah untuk kawan sy mempelajari al quran. terima kasih..
Respon :
16/12/2013 11:36 AM

Waa'laikumussalam w.b.t, untuk mendapatkan kad pengislaman, saudari perlu bertanya tempat kawan saudari memeluk agama Islam,PERKIM memang tidak mengeluarkan kad pengislaman, lagi pun kad pengislaman daripada PERKIM memang tidak boleh membuat apa-apa urusan rasmi kerajaan, contohnya tukar i/c, perkahwinan, ini semua perlu kepada kad pengislaman yang di keluarkan oleh pejabat agama Islam negeri. sekian terima kasih wassalam


  nur
  04/12/2013 10:48 AM
Assalammualaikum..ustaz Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak. Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak,keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang.. Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau. Kemudian saya pun tanya suami melalui sms . Isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar Kemudian selang 7 bulan kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Sami marah saya kerana saya telah memalukan dan menatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut: 1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni 2. pergi balik ke rumah mak ayah kau 3. tak ada kau pun aku boleh hidup lar..aku boleh hidup tanpa kau.. 4. Kang aku hantar kau balik kampung kang 5. Abang telefon ayah kau sekarang ...suruh dia datang ambil kau Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanyamengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut: Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tah maksud abang cakap macam tu Suami : Bukan yang tu...(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu lar... Soalan: adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai. Mohon penjelasan ustaz tk.
Respon :
16/12/2013 03:35 PM

Wa'alaikumussalam w.b.t, terima kasih hubungi PERKIM, masalah cerai rujuk, saya nasihatkan kepada puan agar bertanya di pejabat agama Islam, merekalah yang selayaknya, namun dari pengetahuan saya, kamu masih lagi suami/isteri yang sah, setiap perbuatan perlu kepada niat, saya melihat setiap tidakkan suami puan tidak kearah untuk bercerai,apa pun rujuklah pejabat agama Islam untuk mendapatkan keputusan yang tepat. sekian terima kasih.wassalam


  nurhanim binti ismail
  03/12/2013 04:20 AM
Assalamualaikum..saya ingin menanyakan beberapa soalan berkenaan memeluk Islam oleh lelaki warganegara asing. 1. perlukan beliau menghadiri kursus perkahwinan kerana dia berhajat mengahwini wanita Islam tempatan kerana dia seorang duda dan wanita tersebut janda...mereka berusia lingkungan 50an? 2. berapa lamakah tempoh diperlukan setelah beliau memeluk Islam sebelum dapat mengahwini wanita tersebut? 3. sekiranya lelaki berkenaan memeluk Islam di negara asalnya,perlukah dia menghadiri kursus perkahwinan di sini? sekian,terima kasih.
Respon :
16/12/2013 03:32 PM

Wa'alaikumussalam w.b.t , warga asing memang tidak perlu mengahdiri kursus perkahwinan, tempoh masa yang perlu diambil untuk perkahqwinan, ini semua terpulang kepada kedua-dua pasangan dalam menguruskan urusan perkahwinan di Malaysia, sekiranya mereka cepat bertindak, insyallah cepatlah mereka berkahwin dan sebaliknya, sekian terima kasih wassalam.


  Halimah bt.tambi
  03/12/2013 02:56 AM
assalamualaikum...saya adalah isteri kepada mualaf berbangsa cina.saya nak tahu sekiranya suami saya ingin memohon bantuan perniagaan daripada perkim,adakah dia boleh memohon atau mendapat bentuan seperti itu melalui perkim..terima kasih.
Respon :
16/12/2013 03:28 PM

Wa'alaikumussalam w.b.t, saudari buatlah surat dan hantar ke alamat ini, Insyallah pihak Pentadbiran PERKIM akan menilai permohonan saudari, sekian terima kasih wassalam

Y. Bhg. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM
Tingkat 6 , Bangunan PERKIM
150, Jalan Ipoh 51200
Kuala Lumpur


  luqman hakim m.fauzi
  02/12/2013 03:14 AM
Assalamualaikum.saya ingin bertanya,saya mempunyai kawan berasal dari Poland ingin memeluki Islam di Malaysia,dan dia tidak memerlukan visa jika ingin berada di Malaysia selama 3 bulan,adakah dia perlu mempunyai visa selanjutnya untuk memeluki Islam di Malaysia?dan berapa lama proses untuk seorang non-muslim ingin memeluki Islam?dan satu lagi dia tidak boleh berbahasa melayu dan boleh berbahasa Inggeris.terima kasih atas bantuan.assalamualaikum
Respon :
16/12/2013 03:27 PM

Wa'alaikumussalam w.b.t, syarat memeluk agama Islam Di Malaysia 

1. Kemahuan pilihan sendiri
2. Dua orang saksi warganegara Malaysia ( Lelaki )
3. 2 keping gambar sekiranya tinggal di Kuala Lumpur, kalau tinggal di Selangaor 4 keping gambar ( wajib bertudung sekiranya wanita )
4. Visa perjalanan masih laku walau pun seharai.
Insyallah kami mempunyai Ustaz2 yang mahir dalam bahasa Inggeris
 sekian terima kasih.


  david
  29/11/2013 03:09 PM
apa hukum kalau seseorang itu hendak berkahwin dgn wanita Islam tapi belum bersedia utk menerima Islam sebagai agamanya? Harap tuan dapat beri maklum balas yg lebih terperinci. terima kasih.
Respon :
16/12/2013 03:22 PM

Dalam Islam perkahwina melibatkan dua agama memang tidak boleh, oleh itu tunggulah pasangan yang belum Islam itu menerima agama Islam terlebih dahulu, selepas itu barulah meneruskan niat yang baik . sekian terima kasih wassalam


  nur
  28/11/2013 07:51 PM
salam ustaz.. Saya nak tanya mengenai keyakinan dlm diri. Saya pernah menghadapi masalah tentang talak. Setelah saya bertanya kepada ustaz,ustaz tersebut cakap tak jatuh talak..Tapi apabila saya menelefon pejabat agama, pihaknya minta saya dtg utk membuat pengesahan.. Perlukah saya yakin pada diri sendiri yg talak tidak jatuh dan salahkah jika saya tidak mahu membuat pengesahan di mahkamah.. Dosa ke ustaz kalau kita yakin..
Respon :
04/12/2013 10:01 AM

Wa'alaikumussalam, sekiranya puan yakin talaq tidak jatuh, buat apa lagi pergi pejabat agama Islam,memang tidak berdosa kalau tidak pergi pejabat agama. ini semuanya adalah mainan syaitan, kuatkan iman dan jangan terlalu was-was. bila puan sudah buka pintu untuk was-was, syaitan akan sentiasa memasukkan jarumnya untuk mengganggu puan, so jangan layan dengan mainan syaitan, wassalam


  nur
  28/11/2013 07:24 PM
Apa hukum jika suami bercerita dan berkata kepada ibunya seperti berikut: Suami berkata kepada ibunya : Ita(isteri) cakap Zul ceraikan Ita..mana ada Zul cakap macam tu dekat dia (Ita), kata Zul kepada ibunya melalui panggilan telefon..Jatuh ker cerai tu sedangkan Zul hanya menafikan kata2 isterinya dan bertujuan menceritakan sahaja kepada ibunya.
Respon :
04/12/2013 09:58 AM

Wa'alaikumussalam, setaip perbuatan kembali kepada niat seseorang,


  nur
  28/11/2013 05:39 PM
Assalammualaikum ustaz... saya ada kemusykilan agama munakahat...mohon ustaz tolong jawabkan. soalan; Asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan : 1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri) 2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki ) 3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini? Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut.
Respon :
04/12/2013 09:56 AM

Wa'alaikumussalam w.b.t, terima kasih hubungi PERKIM, masalah cerai rujuk, saya nasihatkan kepada puan agar bertanya di pejabat agama Islam, merekalah yang selayaknya, namun dari pengetahuan saya, kamu masih lagi suami/isteri yang sah, setiap perbuatan perlu kepada niat, saya melihat setiap tidakkan suami puan tidak kearah untuk bercerai,apa pun rujuklah pejabat agama Islam untuk mendapatkan keputusan yang tepat. sekian terima kasih.wassalam


 Papar 71-80 dari 3115 soalan. Page  8 9 10 11 12 13 14 15 16 17  

Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Tingkat 4, Bangunan PERKIM, 150 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4041 2482, 03-4042 6224   Faks:03-4042 7403
email: info@perkim.net.my
Semua Hakcipta Terpelihara © 2001-2014 PERKIM
PENAFIAN
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.